Sunday, 17 July 2011

Kurniaan Terbesar... Subhanallah.... ;)



 otak sebelah kanan
banyak memikirkan untuk nilai holistik, serentak, kreatif, imaginatif,visi, intuisi, perkongsian, muzik dan emosi....




otak sebelah kanan pula
banyak digunakan
untuk nilai analitik,
urutan, rasional,
fakta, terperinci,
perancangan ,
prosedur dan ulangan.



 







Wah!!!! begitu besar kurniaan Allah buat kite bernama manusia... ;) Wajiblah kite panjatkan kesyukuran kehadrat Illahi mudah2an rahmat Allah sentiasa bersama kite... Amin~~~~ ;)

Saturday, 16 July 2011

Demam

Semasa mencoretkan entry ini... aku demam... huhuhuhu.... Demam sebab pe??? mungkin cuaca yang agak panas sekarang.... ape pun Alhamdulillah... Allah beri kesempatan aku menerima sedikit ujian yang tentu aku boleh dan kuat untuk hadapi.... ;) Tambahan pulak aku balun air ais hari tu... huhuhuhuhu... dapat lah ubat.... huhuhuhuhu... sendiri mau ingat... ;p

Demam merupakan tindakbalas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai penyakit-penyakit yang ringan (tidak serius). Suhu badan normal adalah 37'c. Jika melebihi tahap ini anda akan disahkan demam... hehehehe.... memang terlebih sudah pun... compom aku demam... ;p

Apepun aku harap aku cepat sembuh.... hehehehe... yang penting walaupun demam aku masih selera makan... mama cakap, kalau nak cepat sihat kene makan.... ok mama... ija menurut perintah... ;)

Aku suka buah naga.... Sedap dan berkhasiat


kulit luar berwarna merah dan mempunyai sayap seperti seekor naga sehingga ia mendapat nama buah naga (dragon fruit).

 Cara sebenar memakan buah naga ialah dengan memotong dua dan menceduk isinya dengan menggunakan sudu.






MASIH ramai rakyat negara ini tidak tahu cara memakan buah ini kerana bentuknya yang ganjil, dengan kulit luar berwarna merah dan mempunyai sayap seperti seekor naga sehingga ia mendapat nama buah naga (dragon fruit).

Jangan ketawa jika ada orang yang memotong kulitnya seperti memakan buah epal, walaupun cara sebenar memakan buah naga ialah dengan memotong dua dan menceduk isinya dengan menggunakan sudu.

Bagaimanapun, di sebalik rupanya yang ganjil, buah naga daripada keluarga ‘cactacea’ yang tergolong dalam spesies kaktus dan semakin mendapat tempat di kalangan petani moden negara ini, sebenarnya kaya dengan khasiat.

Buah naga mempunyai isi seperti buah kiwi. Pada masa ini, buah naga yang isinya berwarna putih lebih mudah didapati di pasaran, tetapi mengikut pakar pemakanan dan perubatan, buah yang isinya berwarna merah mempunyai lebih banyak khasiat.

Secara amnya, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.

Mengikut wakil Johncola Pitaya Food R&D, syarikat penanaman dan penyelidikan buah naga merah terbesar di negara ini, AL Leong, buah kaktus madu itu cukup kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisma dalam badan manusia.

“Kajian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.

“Kajian juga menunjukkan buah ini boleh mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan,” katanya.

Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung; serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet); karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit); kalsium (menguatkan tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan).

Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah; vitamin B1 (mengawal kepanasan badan); vitamin B2 (menambah selera); vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).

Leong berkata, satu lagi fakta menakjubkan ialah berdasarkan kajian terkini, khasiat buah naga tidak terhad kepada buahnya, tetapi turut wujud pada keseluruhan pokok.

Katanya, buah naga juga boleh dijadikan pencuci mulut yang lazat.

“Syarikat kami juga mengeluarkan produk jus, jem, dan wain merah daripada buah ini. Pada masa sama, buah yang belum masak boleh dimasak sup dan dicampur dengan daging, ekor atau tulang,” katanya.

Leong berkata, bunga buah naga pula boleh digoreng sebagai sayuran, dijadikan ulam dan juga boleh dikeringkan untuk dijadikan teh bunga.

“Bunga pokok ini mempunyai kadar debunga yang tinggi kerana tempoh ia mekar penuh terlalu singkat, sekali gus menyebabkan lebah dan serangga lain tidak sempat mengambil debunganya secara penuh berbanding bunga lain yang mekar berbulan-bulan.

“Debunga bunga buah naga juga mempunyai khasiat tinggi dan cukup baik untuk kesihatan manusia,” katanya.

Leong berkata, dahan pokok buah naga juga boleh dijadikan salad, ulam, digoreng dengan sambal belacan dan dimasak sup, yang terbukti berkesan untuk membuang toksik dalam badan dan mencuci perut.

“Di Amerika Selatan, dahan buah naga dihancurkan dan diperam untuk dijadikan makanan ternakan seperti lembu dan kambing. Ia terbukti mampu meningkatkan kadar susu, selain kualiti ternakan berkenaan,” katanya.

Leong berkata, pada masa ini buah naga atau nama saintifiknya ‘Epiphytes’ atau ‘Pitaya’ dan berasal dari Amerika Selatan digemari kaum Cina yang menggelarnya ‘Paw Wang Fa Kor’.

“Kita sekarang cuba mempromosikan buah ini kepada seluruh rakyat Malaysia bukan hanya kerana rasanya yang enak, tetapi juga sangat berkhasiat. Tidak hairanlah harganya mahal.

“Bagaimanapun, kita sekarang cuba menggalakkan lebih ramai orang di negara ini menanam buah naga dengan menawarkan insentif menarik, termasuk menjual pokok pada harga murah dan jaminan pembelian semula buah daripada petani,” katanya.

Leong berkata, kelebihan pokok buah naga ialah ia tahan lasak, termasuk tahan serangan serangga, berikutan ia spesies pokok kaktus, menyebabkan racun serangga tidak perlu digunakan ketika penanaman.

“Seperti kita sedia maklum, bahan makanan yang bebas daripada penggunaan racun serangga adalah yang terbaik untuk kesihatan,” katanya.

KEBAIKAN
Tingkat daya tahan
Kurangkan metabolisma badan
Baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah
Kurangkan tekanan emosi
Neutralkan toksik dalam darah
Cegah kanser usus
Cegah kandungan kolesterol tinggi
Turunkan kadar lemak



Kehidupan


hehehe... aku dengan wajah serius....

aku dengan lirikan bermakna... aijeh.... ;p terlebih sudah....

Nama dalam kad pengenalan Siti Haniza Binti Mohd Som... Mama, abah & adik-beradik panggil aku ija.... Honey aku dapat dari mana??? Honey tu dari Haniza la... hehehehe.... aku transletkan ke sebutan english... saje je.... ;p
Aku dilahirkan di negeri 01... namun membesar, mendapat pendidikan dan bekerja di negeri 08.... kome rujuk la Jabatan Pendaftaran Negara ye... kehkehkeh... men teka teki la plak ek... ;p kome layan saja~~~~



Ini adalah muka dalam layout kad undangan aku untuk sanak saudara dan rakan taulan.... hehehehe........ give me chaiyok for my wedding day ya....;)

Ini pulak layout bahagian luar kad undangan aku.....

Hah... yang kat atas ni kad kahwin aku... hehehehe...
hatiku telah dimiliki... ;) Mr. Hubby... Love U sayang...